22 November 2011

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

Pengajaran mikro dan makro adalah perkara biasa bagi guru kerana mereka pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan. Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro bakal guru tersebut didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas. Disamping itu bakal guru berpeluang menonton hasil pengajaran mereka melalui rakaman yang dibuat untuk bakal guru sendiri menilai pengajaran dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka. Pengajaran mikro dan makro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan pada setiap bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal.

OBJEKTIF PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

1. Mengetahui maksud pengajaran mikro dan makro.
2. Menerapkan kemahiran dan teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro dan makro.
3. Membuat pengajaran mikro dan makro.
4. Membuat refleksi.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Topik ini menggambarkan tentang bentuk pengajaran yang sesuai dilaksanakan bagi melatih bakal guru yang akan membuat latihan amali (praktikum) di sekolah. Ia juga dapat menjelaskan situasi sebenar pengajaran mikro dan akan membantu bakal guru melaksanakan pengajaran makro di dalam bilik darjah. Jika diteliti ia akan banyak membantu memperbaiki kelemahan di dalam bahagian-bahagian tertentu semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui pengajaran mikro, pensyarah, rakan dan pelatih tersebut boleh memberi komen tentang pengajaran tersebut dan seterusnya bakal guru berkenaan boleh memperbaiki cara dan kaedah pengajaran di dalam kelas.

Di sini saya menyediakan contoh rakaman pengajaran mikro yang telah saya sediakan.
Selamat Menonton.


No comments:

Post a Comment