22 November 2011

MODUL KSSR MUZIK

Modul KSSR Muzik Tahun 1



Tahukah cikgu-cikgu yang Modul KSSR Muzik Tahun 1 telah pun disediakan oleh KPM?
Sekiranya cikgu-cikgu masih belum terima modul tersebut, disini saya ingin berkongsi bersama-sama mengenai Modul KSSR Muzik Tahun 1.
Mari kita lihat


Modul Pengajaran Muzik Kssr Tahun 1

KSSR Muzik

Perbandingan KBSR dan KSSR Dalam Mata Pelajaran Muzik dan Kurikulum Muzik


PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

Pengajaran mikro dan makro adalah perkara biasa bagi guru kerana mereka pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan. Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro bakal guru tersebut didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas. Disamping itu bakal guru berpeluang menonton hasil pengajaran mereka melalui rakaman yang dibuat untuk bakal guru sendiri menilai pengajaran dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka. Pengajaran mikro dan makro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan pada setiap bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal.

OBJEKTIF PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

1. Mengetahui maksud pengajaran mikro dan makro.
2. Menerapkan kemahiran dan teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro dan makro.
3. Membuat pengajaran mikro dan makro.
4. Membuat refleksi.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Topik ini menggambarkan tentang bentuk pengajaran yang sesuai dilaksanakan bagi melatih bakal guru yang akan membuat latihan amali (praktikum) di sekolah. Ia juga dapat menjelaskan situasi sebenar pengajaran mikro dan akan membantu bakal guru melaksanakan pengajaran makro di dalam bilik darjah. Jika diteliti ia akan banyak membantu memperbaiki kelemahan di dalam bahagian-bahagian tertentu semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui pengajaran mikro, pensyarah, rakan dan pelatih tersebut boleh memberi komen tentang pengajaran tersebut dan seterusnya bakal guru berkenaan boleh memperbaiki cara dan kaedah pengajaran di dalam kelas.

Di sini saya menyediakan contoh rakaman pengajaran mikro yang telah saya sediakan.
Selamat Menonton.


02 November 2011

Mari Kita Belajar Cara Menyanyi

Asas Nyanyian 


        Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu. Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu.
         Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil.
      Biasanya, semasa bernafas, udara dari paru-paru akan melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu suatu bunyi akan terhasil.
Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi bunyi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf.
         Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat.
         Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar


Postur
 
        Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang.

Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri

Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua belah kaki dan keseluruhan anggota dalam keadaan selesa

1. Tangan di sisi badan.
2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.
3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk

1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai dan dalam keadaan selesa.
2. Tangan di atas peha.
3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar.
4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.
5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.


Pernafasan

        Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan ton yang lebih resonan.

Sebutan dan Ton

       Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting.

Ciri-ciri ton nyanyian meliputi
1. Tenaga
2. Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah )
3. Kekuatan bunyi
4. Harkat (panjang dan pendek)

        Pernafasan dan bentuk mulut yang betul mengasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir suatu perkataan perlu ditekankan semasa latihan.

Jenis Jenis Suara

Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu

1. Suara kepala
2. Suara tengah
3. Suara dada

        Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepada. Untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu. Suara kepada akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami perubahan suara.Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian falsetto.

       Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di rasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong.

      Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran dada akan dirasai pada tangan.

Tangga Nada Solfa

     Seorang paderi berbangsa Perancis, bernama Guido d’ Arenzo telah mencipta satu kaedah untuk mengajar nyanyian semerta dikalangan rahib pada abad ke-11. Arenzo menggunakan 6 not iaitu

Do Re Mi Fa So La
 
       Sistem nyanyian ini kemudiannya digunakan dengan meluas untuk nyanyian sekular ( bertemakan cinta dan isu semasa ). Sistem ini adalah sama dengan tangga nada solfa yang digunakan untuk latihan nyanyian sehingga hari ini. Hari ini Ut telah digantikan dengan Do manakala pic Ti ditambah selepas La.



01 November 2011

Rehat Seketika..

LAGU-LAGU DUNIA MUZIK
KSSR TAHUN 1

Mari kita rehat seketika untuk mendengar lagu-lagu dunia muzik untuk tahun 1..









Standard Prestasi Dunia Muzik KSSR Tahun 1

SALAM 1 MALAYSIA

Jom kita baca bersama mengenai standard prestasi dunia muzik untuk kegunaan sekolah kebangsaan tahun 1 yang telah disediakan oleh KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
.

Rancangan Tahunan Pelajaran Muzik Tahun 1

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Diblog saya ini ingin saya berkongsi bersama-sama dengan cikgu-cikgu yang bertugas di Negeri Selangor iaitu Rancangan Tahunan Pelajaran Muzik Tahun 1 pada tahun 2011.
Saya memohon maaf kerana lewat untuk berkongsi rancangan tahunan ini. Walaubagaimanapun sedikit sebanyak kita ketahui bahawa pelajaran muzik dibawah program KSSR ini, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah pun menyediakan untuk cikgu-cikgu.
Diharap masa-masa akan datang kita tahu bahawa JPN Selangor telah menyediakan rancangan tahunan untuk cikgu-cikgu.
Sekian.

Rancangan Tahunan 2011

Ketahui Konsep KSSR

KONSEP KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah 
Disini saya ingin berkongsi terlebih dahulu mengenai apa itu konsep KSSR. Mungkin ramai di kalangan cikgu-cikgu dan ibubapa masih belum mengetahui Konsep KSSR yang sebenarnya. Oleh itu, marilah kita membaca bersama mengenai Konsep KSSR yang telah saya sediakan di sini.


Konsep KSSR

sepatah kata dua..

Allahamdulillah..

Bersyukur saya kehadrat illahi kerana ilmu yang sedikit ini dapat juga saya membuka akaun blog.
Dengan adanya blog yang saya bina ini, iaitu Dunia Muzik (KSSR Tahun 1) dapatlah informasi dan ilmu yang terkandung di dalamnya dikongsi bersama.
Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada UPSI kerana dengan adanya tugasan membuat blog barulah saya kenali apa itu blog.
Oleh itu, saya berharap rakan-rakan blog yang lain dapat membantu dan memberikan komen yang membina agar blog yang saya bina ini dapat dimanfaatkan bersama.
sekian.